Siakap Keli
Gambar: Bernama

Pekerja China Dibenarkan Masuk Ke Sabah, Tertakluk SOP Ditetapkan

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan pekerja asing dari China masuk ke Sabah tertakluk kepada segala peraturan yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata mereka juga dikehendaki melakukan ujian calitan COVID-19 di tempat masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah dan disahkan bebas daripada wabak berkenaan.

“Kebenaran ini juga adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), peraturan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dan pihak berwajib yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata selain itu, kerajaan Sabah juga memutuskan untuk membenarkan pemegang pas-pas dikeluarkan oleh JIM yang berada di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan masuk ke Sabah bagi tujuan percutian tanpa perlu menjalani ujian calitan COVID-19 dan kuarantin.

”Bagaimanapun mereka perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan dan mematuhi SOP JKNS,” katanya.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.