Siakap Keli

TERKINI COVID-19: Sejarah Tercipta, Tiada Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini- KKM

Putrajaya, 1 Julai – Hanya satu kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Hingga 1 Julai 2020 jam 12 tengah hari terdapat hanya 1 kes baru dilaporkan menjadikan 8,640 kes.

“Oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 berkurang kepada 144 kes,” katanya.

Kes baru hari ini merupakan kes import yang mendapat jangkitan luar negara, tambahnya. Pesakit merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun yang pulang dari negara Turki.

“Sukacita dimaklumkan tiada kes penularan dalam negara dilaporkan hari ini,” katanya.

Sementara itu, seramai empat pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan dua kes memerlukan bantuan pernafasan. Kedua-duanya bukan warganegara.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.