Hari ini merupakan hari bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia berikutan tiada kes baru COVID-19 melibatkan penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Berikutan itu, beliau menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada seluruh rakyat yang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) membendung wabak ini.
“Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
“Saya juga ingin mengucapkan kepada rakyat Malaysia yang sama-sama membantu KKM.
“Hari ini kita ada satu kes iaitu hari yang bersejarah, satu kes dilaporkan dan kes sifar untuk penularan tempatan,” kata beliau dengan bangga diikuti tepukan hadirin.
Pun begitu, Dr Noor Hisham tidak lupa mengingatkan agar rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Nasihat KKM kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kita tidak leka dan patuh SOP.
“Kita kena jaga kita, jaga komuniti kita, jaga masyarakat kita dan negara kita,” kata beliau mengakhiri ucapan hari ini.
Detik bermakna bermula pada minit 43.15.
Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, July 1, 2020
Sumber: KKM