Siakap Keli

(Video) Tindakan Pantas ‘Hero’ Ini Berjaya Selamatkan Tiga Nyawa Daripada Rentung Dalam Kenderaan Terbakar

Seorang lelaki berjaya menyelamatkan 3 orang mangsa kemalangan daripada terbakar hidup-hidup di Chongqing, China.

Sebuah van yang dinaiki oleh seorang pemandu dan 2 orang penumpang telah dilihat hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum berpusing dan terbalik hingga masuk ke tengah jalan.

Tidak berapa lama kemudian, van tersebut mula mengeluarkan asap sebelum api yang marak keluar daripada bahagian bahawa van berkenaan.

Salah seorang mangsa yang terdapat di dalam van itu cuba untuk membuka pintu di bahagian depan bagi menyelamatkan diri namun gagal.

Menurut South China Morning Post, seorang lelaki bernama Luo yang kebetulan berada di kawasan kemalangan berkenaan telah bertindak menendang cermin di bahagian depan van tersebut sehingga pecah bagi memberi jalan keluar kepada mangsa.

Hasil daripada tindakan pantas lelaki berkenaan, ketiga-tiga mangsa berjaya terselamat daripada kemalangan dan kebakaran itu.

Kesemua mereka dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius berikutan daripada insiden tersebut.

Orang ramai yang menggunakan jalan raya diminta supaya mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan memandu secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini.

Sumber SCMP

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa