Siakap Keli

Asal Beli Je Cepat Sangat ‘Masak’, Ini Rahsia Cara Simpan Buah Pisang Agar Tahan Lama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau anda beli pisang, biasanya berapa hari pisang tu bertahan untuk kekal segar?

Mungkin ada yang kreatif, kalau sampai masa pisang tu dah terlalu masak dan mula melembik, mereka akan memasak pisang tersebut menjadi cekodok pisang.

Tidak kurang juga ada yang kisar untuk dijadikan minuman sihat.

Namun tahukah anda, sebenarnya ada tips yang kita boleh amalkan dalam memastikan pisang itu tahan lebih lama.

Mari baca perkongsian yang ditulis oleh di halaman Facebook Ubai Fat2Fit di bawah ini.

Gambar: Ubai Fat2Fit

[Pisang beli semalam hari ni dah lembik?]

Sementara nak tunggu waktu Isyak ni, aku nak kongsi satu tips yang aku dapat dari YouTube. Cara nak melambatkan pisang menjadi lebam dan lembik.

Mula-mula aku macam ragu juga, tapi lepas aku try minggu lepas, terus aku jadi yakin dan percaya. Haha.

Pisang yang aku beli tu boleh tahan lebih seminggu. Masih keras macam awal-awal beli.

Ceritanya, aku ni suka makan pisang sebagai snacking pagi dan petang, tapi kalau beli banyak-banyak letak dalam peti ais, dua tiga hari dah lembik, dan tak elok. So aku cari lah solusi dan aku jumpa video tu.

Mudah je.

Kita just bungkus tangkai pisang tu dengan plastic wrap. Dalam video tu beritahu juga boleh je sesikat tu nak terus bungkus tangkai, tapi bila di asing² kan pisang tu lagi boleh tahan lama.

Gambar: Ubai Fat2Fit

Sebenarnya bila pisang tu dah jadi terlalu lebam, pisang tu pun jadi lebih manis daripada biasa. Nak makan pun tak best dah.

Apa² pun korang try lah dulu. Kalau tak jadi, mungkin ada step yang tertinggal kot. 

Tapi lain lah kalau korang pergi berlayar, bawalah pisang emas, sebab nanti satu satu akan masak di atas peti. 

#TipsUbai

Sumber: Ubai Fat2Fit

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.