Siakap Keli
FOTO: SALWANI

“Dah Tak Boleh Nak Peluk Ma,” Luahan Gadis Ini Kenang Pemergian Ibunya Undang Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehilangan orang tersayang bukan satu perkara mudah untuk kita lupa, tambah-tambah lagi apabila orang yang paling dekat pergi meninggalkan kita. Ya, perasaan ‘sakit’ apabila ditinggalkan ibu tercinta sangat pahit untuk ditelan.

Rasa rindu untuk bersama masih bermain di fikiran. Ia boleh menjadi satu igauan mimpi kepada insan yang bergelar anak.

Pengalaman sebak ini dikongsikan oleh pemilik Twitter @sunflower atau dikenali sebagai Salwani yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta akibat kanser usus pada 27 Jun lalu.

Masih terngiang-ngiang bebelan si ibu walaupun telah terpisah dari alam lain. Namun, gadis ini bertuah kerana dapat sempurnakan jenazah arwah ibunya bersama-sama 9 orang adiknya.

Aku masih berharap lagi benda ni tak betul sebenarnya…

Tangan aku masih shaking lagi ni teringat mandikan jenazah mak sendiri. Wangi lagi bau serbuk cendana tadi. Wangi nya ma. Wangi sangat. Ma. Ma kan kata nak jumpa lagi sekali kan dengan kak ani? Kenapa ma pergi dulu ni?? Ma dah penat ke??

Katanya semasa dihubungi, Allahyarhamah ibunya sudah menderita kanser sejak 5 tahun lalu dengan menjalani beberapa pembedahan termasuklah melakukan 24 kali kemoterapi.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, tahap kesihatan ibunya kurang sihat kerana kanser tersebut menyerang semula. Sebelum ini menurut anak gadis itu, ibunya dikatakan sangat aktif dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Apa yang paling menyedihkan bahawa, ibunya seakan tahu untuk pergi buat selamanya sempat berpesan kepada dia dan adik-adik yang lain.

Arwah pernah cakap dia nak sihat sebelum buka sekolah sebab kalau adik-adik dah ke sekolah tak ada orang nak jaga dia. Tapi dia yang pergi dulu meninggalkan kami 10 adik beradik.

Kalau dulu balik kampung, balik rumah je terus nampak muka ma tengah makan lah tengah tido lah. Esok esok nanti balik kampung, dah kena jenguk rumah baru ma dah. Dah tak nampak muka ma dah. Dah tak boleh cium tangan ma dah. Dah tak boleh nak dengar ma bebel dah.

Dah tak boleh cium tangan dengan pipi ma dah. Dah tak boleh nak peluk ma. Dah tak boleh dengar gelak tawa ma dah. Semua dah tak boleh ma. Tak bolehhhhh ma. Dah tak boleh nak dengar ma mintak nak makan macam macam kalau balik. Tak boleh rasa ma masak dah. Semua dah tak boleh.

Sempat juga Salwani berpesan kepada orang ramai yang masih mempunyai ibu bapa untuk jaga mereka dan sentiasa peluk mereka kalau ada masa terluang baliklah kampung untuk menjeguk mereka. Lepas ini, kita dah tak merasa semua tu.

Sumber: Salwani / Twitter Sunflower

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang