Siakap Keli

Dipercayai Kerana Cemburu, Anjing Peliharaan Didakwa Serang Bayi Kembar Hingga Maut

Sepasang bayi kembar pramatang berusia 26 tahun maut dipercayai diserang anjing peliharaan ibu bayi tersebut ketika ibu mereka keluar daripada bilik untuk berborak bersama jirannya, lapor Daily Mail.

Anjing yang berbaka Labrador dan American foxhound itu difahamkan ‘cemburu’ dengan kehadiran bayi tersebut lalu telah menyerang mereka di rumahnya di Piripá, Timur Laut Bahia, Brazil, Selasa lalu.

Selepas terdengar tangisan bayi tersebut, ibu mereka terus bergegas ke bilik berkenaan bagi membantu anak-anaknya itu, namun sudah terlambat untuk menyelamatkan mereka.

Dia cuba untuk menghalang anjing berkenaan daripada menyerang bayinya itu, namun perbuatannya itu hanya memburukkan keadaan lagi.

Seorang jururawat yang tinggal berhampiran cuba memberi bantuan awal kepada bayi berkenaan, namun salah seorang daripadanya dilaporkan meninggal dunia serta merta kerana kecederaan parah manakala seorang lagi telah meninggal dunia di Hospital Perbandaran Maria Pedreira Barbosa kerana mengalami serangan jantung.

Anjing itu, yang digambarkan sebagai haiwan yang jinak, dipercayai menjadi cemburu selepas kurang mendapat perhatian sejak bayi kembar tersebut dilahirkan.

Seorang daripada ahli keluarga berkenaan mendakwa bahawa anjing itu “rasa tersisih, dan tidak lagi mendapat perhatian serta kasih sayang seperti yang diberikan oleh tuannya sebelum ini”, lapor Daily Mail.

“Itu mungkin boleh menjadi antara punca anjing berkenaan berasa cemburu dan menyebabkan ianya bertindak menyerang bayi-bayi tersebut”, tambahnya.

Kedua-dua bayi itu meninggal dunia sehari sebelum tarikh mereka cukup matang, kerana mereka berdua lahir sebulan awal menerusi pembedahan caesar.

Polis sedang menyiasat punca kematian itu dan akan bertemu pemilik anjing berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa