Siakap Keli

Ini 6 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Oleh Kucing Termasuk Ikan Mentah

Kucing menjadi haiwan peliharaan yang sangat dikenali dengan sifatnya yang manja dan nakal. Dianggap sebahagian daripada keluarga, kasih sayang pemilik haiwan kepada kucing yang dipelihara tidak dapat disangkal lagi.

Pastinya setiap pemilik kucing menginginkan yang terbaik untuk si bulus seperti memberikan makanan yang berkhasiat kepadanya. Namun, ada di antaranya terlepas pandang mengenai bahaya yang menanti sekiranya kucing yang dipelihara memakan enam jenis makanan ini.

Perhatian kepada pemilik kucing, berikut merupakan makanan yang TIDAK boleh dimakan oleh kucing.

Jangan main main, segala jenis bawang termasuk bawang goreng, bawang mentah dan bawang yang telah dimasak boleh akibatkan sel darah merah pecah dan menyebabkan masalah kurang darah.

Lebih bahaya adalah bawang putih. Ia adalah 5 kali ganda lebih bahaya berbanding bawang biasa.

  1. Bawang. Boleh mengakibatkan sel darah pecah dan akibatkan masalah kurang darah.
  2. Susu & Produk Tenusu. Boleh mengakibatkan cirit dan masalah penghadaman.
  3. Anggur. mengakibatkan masalah buah pinggang.
  4. Kopi & Coklat
  5. Ikan Mentah, Daging Mentah & Telur Mentah
  6. Makanan Anjing

Sumber: Public Health Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.