Siakap Keli

Polis Akan Buru Lebih 1,400 Rakyat Malaysia Masih Belum Jalani Ujian Saringan Covid-19 Kali Kedua – Ismail Sabri

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan seramai 1,400 individu yang gagal untuk menjalani ujian saringan kali kedua Covid-19. Menurut kenyataan Ismail Sabri semalam pihak polis akan memburu kesemua individu terbabit.

Susulan itu, KKM meminta kesemua individu terlibat untuk hadir bagi menjalani ujian saringan kali kedua pada esok dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Diminta agar kesemua 1400 orang tersebut segera melakukan ujian kali kedua bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Public Health Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.