Siakap Keli
Kredit: Google

TERKINI: 3 Kes Baru COVID-19 Dilaporkan Hari Ini Termasuk 2 Kes Penularan Tempatan Babitkan Warga Asing

Putrajaya, 2 Julai – Sebanyak 3 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 8,643 kes di Malaysia.

Sementara itu, menurut kemaskini Kementerian Kesihatan (KKM), kes aktif dengan kebolehjangkitan kurang daripada 100 kes iaitu hanya 85 kes.

Dua daripada tiga kes terbaru setakat jam 12 tengah hari ini merupakan kes penularan tempatan melibatkan bukan warga negara Malaysia.

Satu kes import pula melibatkan seorang warganegara yang mendapat jangkitan dari luar negara dan pulang ke Malaysia.

Perincian kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu kes daripada Kluster Bukit Bintang. Status terkini kluster ini akan diperincikan di bawah;
Sabah: satu kes saringan kes baharu masuk ke lokap di Kota Kinabalu.

“Sehingga kini, terdapat dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan,” lapor KKM.

Tiada kematian pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes (1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.