Siakap Keli
Gambar Hiasan Via google

“Tolong Cepat Buat Sesuatu,” Doktor Ini Kongsikan 3 Tanda Mungkin Anak Tidur Tak Lena Yang Ibu Bapa Perlu Peka

Pasti ramai ibu bapa yang sering tertanya berkenaan mengapa anak mereka sering kelihatan lesu, mengantuk dan susah untuk bangun daripada tidur.

Walaupun ianya tampak normal bagi golongan dewasa, namun perkara ini sebenarnya merupakan perkara besar untuk kanak-kanak yang sedang dalam proses membesar.

Seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan tentang mengapa perlu ibu bapa menitik beratkan perkara ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Cuba tengok si kecil kita tu. Kalau ada je 3 tanda ni kat dia, boleh jadi tidur dia tu tak lena dan tak berkualiti langsung.

-Asyik nampak lesu je.

-Selalu sangat tersengguk-sengguk.

-Susah benar nak kejut bangun dari tidur dan kadang tu sampai mengamuk bila dikejutkan.

Tolonglah cepat-cepat buat sesuatu kalau korang nampak tanda macam ni sebab tidur yang cukup tu penting sangat untuk otak anak kita (healthy brain development).

Kita bukan je kena pastikan dia dapat waktu tidur yang cukup tapi kena tidur nyenyak macam orang tidur mati tu.

Waktu tidur nyenyak tu lah nanti proses self-healing akan berlaku. Memori pun senang je nak terbentuk bila dia dapat tidur yang berkualiti.

Jadi kena cari jalan untuk tidur awal

Kalau kita nak si kecil tu masuk tidur jam 10 malam, 2 jam sebelum tu lagi dah kena matikan semua gajet kat rumah.

Cahaya gadget (blue light) tu sebenarnya yang ganggu Circadian Rhythms anak kita dan buatkannya jadi kacau bilau. Akhirnya dia susah nak tidur dan jadi tak lena.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa