Siakap Keli

(Video) Gelagat Kucing Alami ‘Panic Attack’ Ketika Terpijak Piano Buat Ramai Terhibur

Seekor kucing berwarna oren membuktikan bahawa muzik bukanlah kegemaran semua orang selepas dia terkejut dan panik semasa hendak menyeberangi melepasi sebuah piano.

Gelagat lucu kucing tersebut berjaya dirakam dan dimuat naik di sosial media oleh seorang pengguna TikTok yang difahamkan berasal daripada Ohio, Amerika Syarikat.

Ketika kucing itu hendak turun daripada piano tersebut, dia kelihatan terkejut serta panik sejurus selepas memijak piano berkenaan.

Ketika piano tersebut mengeluarkan bunyi, kucing tersebut terus melompat dan beralih ke kiri dan ke kanan seakan sedang mencari-cari jalan keluar daripada kawasan itu.

Akhirnya, selepas dia menyedari bahawa tidak ada jalan lain yang boleh dilalui tanpa membunyikan piano tersebut, dia telah memutuskan untuk terjun terus daripada piano itu.

Sejak ianya dimuat naik, video lucu tersebut telah mendapat lebih 1.2 juta likes dalam masa hanya satu hari.

Pelbagai reaksi dizahirkan oleh warganet yang menonton video tersebut. Rata-ratanya terhibur dengan gelagat kucing berkenaan.

“Serangan panik tu sangat-sangat melucukan,” tulis seorang warganet.

“Saya akan memberitahu kepada anak cucu saya bahawa kucing ini adalah Beethoven,” tulis seorang lagi warganet.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa