Siakap Keli

(Video) Jarang Terjadi, Pelangi Merah Berbentuk Kubah Muncul Di Langit Birmingham Pukau Ramai Pengunjung

Pelangi berwarna merah terbentuk di Birmingham, England baru-baru ini menjadi bualan penduduk tempatan yang rata-rata terpukau dengan kelainan pelangi itu. Ia merupakan kejadian semula jadi yang jarang berlaku dan menurut penduduk ia merupakan pengalaman seumur hidup dapat menyaksikan keindahannya secara langsung.

Video yang sempat dirakamkan oleh Abigail Daisy menunjukkan permulaan garisan merah sehinggalah ia membesar dan kelihatan seperti kubah di langit Birmingham.

Sinaran cahaya dari pelangi tersebut dapat dilihat berwarna merah semata-mata tidak seperti pelangi biasa yang mempunyai warna yang berlainan.

Dapat didengari keterujaan Abigail semasa merakam kejadian semula jadi yang menakjubkan, “Ini luar biasa. Oh tuhan , saya tidak pernah lihat pelangi seperti ini,” katanya dan juga terdengar dia mengucapkan “wow” berulang kali

Pelangi merah ini dikenali sebagai pelangi monokrom dimana ianya terbentuk apabila sudut cahaya matahari yang rendah dan gelombang cahaya yang lebih pendek sehinggakan warna seperti hijau, biru dan kuning berselerak dan hanya warna merah sahaja yang tinggal.

Video Abigail ini dikongsi turut di saluran Youtuber The Disclose Screen ‘The Grimreefar’ dimana rata-rata reaksi penonton hairan terhadap kejadian yang jarang berlaku ini.

Salah seorang penonton mengatakan “Hebatnya, seperti ada dunia lain.”

Seorang penduduk tempatan juga menambah, ” Saya juga berasal dari Birmingham dan saya dapat lihat dari tempat tinggal saya di tingkat 9. Ia sangat mengagumkan kerana tidak pernah melihat sesuatu seperti itu.”

Walau bagaimanapun kejadian ini jarang berlaku dan hanya akan terjadi semasa matahari dalam kedudukan yang rendah seperti terbit dan terbenam matahari.

Sumber: Daily Mail The Disclose Screen ‘The Grimreefar’

 

Nur Syafiqah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.