Siakap Keli
Gambar: Shahril M. Sharip

(Video) Kreatif, Lelaki Tukar Mesin Buat Roti Yang Rosak Jadi Mesin Parut Kelapa & Caranya Mudah Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kreatif dan inovatif, seorang suami mengubah suai mesin pembuat roti isterinya yang rosak menjadi mesin parut kelapa.

Dengan kos pemarut berharga RM14 dan besen 11 inci, mesin pembuat roti bertukar kepada wajah dan fungsi baru.

Berdasarkan perkongsian Shahril M. Sharip, kuasa dan putaran mesin itu adalah rendah, membuatkannya lebih selamat berbanding mesin parut kelapa yang biasa.

Mari ikuti perkongsian beliau mengenai caranya mengubahsuai mesin tersebut.

“Tanya orang rumah nak baiki ke mesin buat roti ni yang dah lama memerap ni? Dia cakap tak nak. Apa lagi terus la fikir jadi mesin parut kelapa.

“Kuasa motornya rendah, daya kilas pun rendah InsyaAllah lebih selamat. Modal kepala mesin kelapa dalam RM 14. Lain-lain pakai je apa yang ada,” kongsinya dalam Kelab Kaki DIY.

Mesin buat doh yang asal

Proses pengubahsuaian

Beliau membina tapak mesin menggunakan besi sekerap.

Besi L boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

Besen dicantum pada mesin

Besen boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

Kepala mesin kelapa boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

Mudah dikendali dan dibersihan

Sumber: Shahril M. Sharip

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.