Siakap Keli

Amerika Syarikat Catat Lebih 50,000 Kes Baru COVID-19 Sehari Untuk 2 Hari Berturut-Turut

Amerika Syarikat merekodkan dua (2) hari berturut-turut dengan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi 50,000 kes.

Pada 2 Julai, negara itu merekodkan angka kes baharu 52,156 kes.

Brazil juga menunjukan peningkatan kes pada 2 Julai dengan kes baharu sebanyak 44,884 kes, namun ia bukan yang tertinggi pernah dicatatkan.

Kes dunia hari ini juga merekodkan kes tertinggi pernah direkodkan dengan kes harian melebihi 226,723 kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mencatatkan kes harian baharu tertinggi pernah direkodkan oleh negara itu dengan 1,624 kes positif semalam (2 Julai).

Filipina pula mencatatkan 294 kes dan Singapura sebanyak 188 kes.

Singapura telah memasuki fasa pemulihan ke-2 pada 15 Jun lalu di mana kes aktif menurun secara konsisten sejak pertengahan Mei lalu.

Mengambil kira perkembangan semasa di seluruh dunia dan amaran yang telah diberikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru orang ramai agar tidak alpa dengan penurunan kes di negara kita.

Kes boleh kembali meningkat jika kita leka.

Jadi, terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan amalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa di mana jua kita berada.

Untuk rekod terkini, hanya lima (5) kes baharu yang dicatatkan KKM hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.