Siakap Keli

Bukan Main-Main, Telefon Pintar OPPO A92 Ini Boleh Dibeli Pada Harga Serendah RM 0.99

Telefon pintar dengan manusia memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat sahabat sejati, manusia sentiasa berdamping dengan telefon pintar miliknya. Apatah lagi jika peranti tersebut adalah sebuah peranti canggih yang memudahkan segenap aspek kehidupan tuannya.

Bercakap tentang ‘sahabat sejati’, OPPO A92 adalah sebuah peranti yang cukup rencahnya untuk menjadi buddy anda semua.

OPPO A92 menawarkan pengalaman mobile photography yang terunggul berbekalkan 1080 Neo-Display yang mempunyai nisbah skrin 90.5 peratus selain fungsi Eye Care Mode.

Selain itu, telefon pintar ini turut dilengkapi dengan lensa 48MP AI Camera, didatangkan dengan Dual Stereo Speaker dan diperkuat dengan Dirac 2.0 Long Battery Life 5000 mAh + 18W Fast Charge.

Cukup kami katakan, apa yang ditawarkan oleh OPPO A92 amat menggiurkan dan ada segalanya untuk melengkapi hidup anda.

Paling menarik, anda kini boleh mendapatkan OPPO A92 melalui plan-plan menarik yang ditawarkan oleh syarikat telco Celcom, Maxis, Digi dan UMobile.

Dapatkan Oppo A92 secara PERCUMA dengan plan dari Celcom

Anda boleh memiliki siri A terbaru, OPPO A92 apabila melanggan plan yang ditawarkan oleh Celcom.

Dengan melanggan plan MEGA LIGHTNING L yang menawarkan data 30GB pada harga RM 68 sebulan, anda boleh memiliki OPPO A92 secara percuma.

Selain itu, anda juga boleh memiliki peranti hebat ini pada harga RM 399 sekiranya anda melanggan MEGA LIGHTNING M yang menawarkan data 10GB pada harga RM 18 sebulan.

Anda boleh melayari https://shop.celcom.com.my/device-detail/Oppo-A92 untuk membeli OPPO A92 melalui Celcom.

Beli OPPO A92 pada harga RM 1 dengan plan ditawarkan Maxis

Maxis ketika ini menawarkan peluang terhad untuk mendapatkan OPPO A92 pada harga RM 1 apabila anda mendaftar untuk plan MaxisONE 128 yang hadir dengan 60GB data, panggilan dan SMS tanpa had serta maksimum 2 lines perkongsian pada harga RM 48 sebulan.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan OPPO A92 pada harga RM 19 sebulan (kontrak 24 bulan) sekiranya mendaftar untuk plan MaxisONE 188 yang hadir dengan 100GB data, panggilan dan SMS tanpa had serta maksimum 4 lines perkongsian pada harga RM 48 sebulan.

Untuk mendapatkan OPPO A92 melalui plan Maxis, sila layari https://www.maxis.com.my/devices/brands/oppo/oppo-a92/

Pakej istimewa dari Digi untuk memiliki OPPO A92

Pengguna setia Digi juga turut berpeluang membawa pulang OPPO A92 yang dilengkapi 48MP Quad Camera dan aperture lebih besar berbanding model terdahulu.

Dengan mendaftar plan Digi PhoneFreedom365, anda boleh menikmati sehingga 2x100GB data sepanjang hari, panggilan tanpa had, Free roaming and IDD ke 10 buah negara selain Free Digi Shield.

Menariknya melalui plan Digi ini, anda boleh memiliki OPPO A92 serendah RM 128 all-in monthly.

Plan-plan lain dari Digi adalah:

  1. Digi Postpaid 80* with Gboost – OPPO A92 boleh dimiliki pada RM 38/sebulan.
  2. Digi Postpaid 120 – OPPO A92 boleh dimiliki pada RM 23/sebulan.
  3. Digi Postpaid 160 – OPPO A92 boleh dimiliki pada RM 11/sebulan.
  4. Digi Postpaid 190 – OPPO A92 boleh dimiliki secara PERCUMA.

Digi juga turut menawarkan RM 38/sebulan untuk setiap supplementary line. Untuk sehingga 2 lines, anda boleh menikmati lebih data dan lebih panggilan tanpa had sebagai principle line anda.

Untuk ALL-IN monthy untuk 2 lines dan 2 peranti (Plan + Peranti) hanya pada RM 228, 3 lines dan 3 peranti (Plan + Peranti) pada harga RM 313.

OPPO A92 merupakan ‘ratu’ dalam barisan siri A kerana mempunyai rekaan yang memukau, kelebihan untuk fotografi dan teknologi bateri yang terkini.

Layari https://www.digi.com.my/shop/phones/phonefreedom365/others#smartphones
untuk mendapatkan OPPO A92 melalui plan Digi.

OPPO A92 hanya RM 0.99 melalui plan ditawarkan UMobile

Dengan melanggan plan Unlimited Hero P139 yang menawarkan data berkelajuan tinggi tanpa had, panggilan ke semua talian dan streaming video berkualiti HD, 50GB data untuk Hotspots, percuma liputan Golnsurance 3 selama sebulan dan Roam ONZ GLOBAL ke 36 destinasi, anda boleh memiliki OPPO A92 pada harga RM 0.99 sahaja.

OPPO A92 boleh dimiliki melalui plan UMobile dengan melayari https://www.u.com.my/devices/android/oppo-a92

Okay, sekarang ni kami nak kongsikan yang anda takkan rugi untuk melanggan salah satu plan di atas dan dapatkan OPPO A92 dengan spesifikasi-spesifikasi yang ada kami senaraikan di bawah.

Paparan skrin yang luar biasa

OPPO A92 hadir dengan paparan skrin 1080P Neo-Display dimana skrin peranti ini bersaiz 6.5 inci dan beresolusi FHD 2400×1080 (QHD+) serta nisbah screen to body 90.5 peratus.

Peranti ini bakal memberikan pengalaman penggunaan telefon pintar yang berbeza dan sedap mata memandang ketika melayan video atau tonton movies secara online.

Kamera yang berkuasa

OPPO A92 hadir dengan tetapan 4 kamera belakang dimana setiap satunya mempunyai fungsi masing-masing iaitu:

  • Kamera utama bersaiz 48MP
  • Ultra Night Mode 2.0
  • Ultra Wide-Angle
  • AI Beautificatian

Kamera utama 48MP

Dengan sensor bersaiz 48MP, foto yang dicrop atau dizoom tetap mempunyai kualiti yang baik, sekaligus segala perincian yang cuba ditangkap tidak akan terjejas.

Hadir dengan RAM dan kapasiti memori yang besar

OPPO A92 mempunyai RAM bersaiz 8GB dan didatangkan dengan kapasiti storan bersaiz 128GB.

Dengan saiz sebesar ini, anda dengan senang boleh memasang pelbagai aplikasi seperti permainan mudah alih, aplikasi bersaiz besar, menyimpan pelbagai kenangan seperti gambar dan video tanpa menjejaskan prestasi penggunaan OPPO A92.

Jika kapasiti storan itu masih tidak cukup, OPPO A92 turut menyediakan 3 slot iaitu 2 slot kad sim dan satu slot microSD.

Pengecasan pantas yang sememangnya pantas

Pantas dan selamat. OPPO A92 dilengkapi dengan teknologi VOOC Flash Charge yang mempunyai arus tinggi dan arus tinggi bermakna ia lebih selamat berbanding voltaj tinggi.

Warna yang menawan, OPPO A92 Aurora Purple

OPPO A92 Aurora Purple baru dilancarkan pada 26 Jun lalu melalui Shopee. OPPO A92 Aurora Purple diinspirasikan daripada keindahan dari Kawasan kutub.

Keindahan dan misteri cahaya kutub yang dikenali sebagai Aurora kini diabadikan pada OPPO A92.

Bermula dari tarikh pelancaran sehingga 7 Julai ini, OPPO Aurora Purple ditawarkan pada harga RM 1,199 dan 3 hadiah percuma bernilai RM 497 secara keseluruhan dengan setiap pembelian di OPPO Official Store https://tinyurl.com/y8frxm6z

Tawaran ini terpakai sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman facebook dan website OPPO.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.