Siakap Keli

Dipercayai Guna Helmet Tanpa Visor Ketika Tunggang Motosikal, Muka Lelaki Ini Berlubang Terkena Batu

Kenderaan seperti motosikal praktikal digunakan untuk lebih cepat sampai ke destinasi terutamanya ke tempat kerja setiap hari. Bukan sahaja dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas tetapi kos penyelenggaran yang lebih murah berbanding kereta.

Namun begitu, alatan keselamatan seperti topi keledar atau helmet wajib diutamakan oleh rider kerana risiko sewaktu pemanduan lebih tinggi berbanding kereta.

Sekiranya diambil mudah, mungkin anda bakal berdepan kejadian malang seperti penunggang motosikal ini yang tular di media sosial.

Menerusi perkongsian MyWatch di Twitter, wajah seorang lelaki warga emas dilihat berlubang terkena batu yang terpelanting di atas jalan raya.

Tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku tetapi sebab kejadian tersebut dipercayai kerana tidak memakai topi keledar yang mempunyai perlindung visor secara penuh.

Batu terpelanting di atas jalan raya

Perkongsian yang mendapat 4.6 ribu tanda suka dan 6.6 ribu ulang kicau di Twitter itu ternyata menarik perhatian ramai warga net yang ngeri melihat kejadian tersebut.

Jari kena hujan pun pedih bila bawa motor

Pakai visor pun dah cukup

Ngeri, pernah kena batu terpelanting kat dada

Sumber: MyWatch

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.