Siakap Keli

Harga Tiket Penerbangan Perlu Kembali Kepada Asal, Kerajaan Dah Benarkan Penumpang Kapasiti Penuh – Menteri

Dalam sesi sidang media terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri menyeru kepada semua syarikat penerbangan agar harga tiket penerbangan perlu  kembali kepada yang asal.

Ini kerana, kerajaan telah membenarkan mereka beroperasi dengan kapasiti penumpang yang penuh tanpa perlu ada penjarakkan sosial dalam pesawat. (Rujuk video minit 13.22)

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Ismail juga berharap syarikat penerbangan dapat memberikan harga tiket istimewa untuk pelajar-pelajar IPT dan guru-guru yang mahu kembali bertugas dan pulang ke kampus masing-masing.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)