Siakap Keli

Ibu & 4 Orang Anak Mohon Bantuan Nak Bayar Deposit Rumah Sewa, Lepas Sekian Lama Menumpang

Terbaru tular  di media sosial Facebook Natipah Abu mengenai kisah suka duka seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata setelah suaminya ditahan oleh pihak polis.

Dalam perkongsian kisah tersebut, Natipah Abu juga memohon jasa baik orang ramai untuk memberi sumbangan atau sedekah kepada keluarga wanita tersebut bagi meringankan bebanan yang ditanggungnya di samping membela nasib anak-anak yang tidak berdosa itu.

Individu yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang melalui Maybank menerusi nombor akaun 552107617521 atas nama Natipah Abu.

Perkongsian tersebut ternyata meruntun hati ramai pihak terutama warganet yang turut bersimpati dengan nasib yang dialami oleh wanita tersebut.

SEDEKAH JUMAAT
KELUARGA SEORANG TAHANAN.
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521

Nani ( bukan nama sebenar ), berhijrah dari kampung ke kota setelah ikataan pertunangannya dengan lelaki yang dicintainya terputus di tengah jalan. Membawa hati yang luka, Nani mencuba nasib dengan bekerja di sebuah pasaraya. Di sana dirinya menjadi perhatian seorang lelaki yang layak dipanggil ayah, 27 tahun lebih tua darinya.

Pada awalnya dia memang tidak melayan langsung segala usikan Mr J ( bukan nama sebenar ). Selain layak dipanggil ayah oleh Nani, Mr J bukanlah beragama Islam. Mr J juga sudah pun beristeri dan anak-anaknya juga sebaya Nani.
Bagaimana kesungguhan Mr J yang jauh lebih berpengalaman dalam memenangi hati wanita, akhirnya telah mencairkan perasaan Nani. Apatah lagi dalam usia seperti Mr J, membeli jiwa wanita kampung yang naif seperti dia, semestinya bukanlah satu perkara yang sukar pun.

Kemuncaknya, Mr J telah memilih untuk memeluk Islam. Meninggalkan keluarga dan agama asalnya. Biarpun Nani tidak pasti nawaitu sebenar Mr J memeluk Islam, tetapi Nani yakin salah satu sebabnya ialah demi ingin memperisterikan dia. Jujur, Nani bukanlah gadis yang cantik. Tubuh Nani juga ada sedikit kecacatan. Kedudukan bahunya tidaklah terletak seperti sepatutnya. Ketinggian bahunya tidak sekata dan jelas di mata kasar. Sebelah bahunya tinggi dan sebelah lagi, rendah.

Justeru itu, bila Mr J meluahkan hasrat ingin mengahwini dia, Nani enggan lagi berfikir panjang. Yang pasti, maruahnya yang pernah tercalar akibat putus tunang dulu, terasa kembali dijulang.

Sebaik berkahwin, Nani pun berhenti kerja. 12 belas tahun mereka membina mahligai bahagia bersama. Mr J seorang suami yang baik dan penyayang. Sering membantu dia dalam menguruskan rumah tangga. Perkahwinan mereka, diserikan lagi dengan kehadiran empat orang cahaya mata yang comel dan pintar.

Walaupun hanya seorang pengawal keselamatan tetapi kerana bantuan dan sokongan kewangan dan motivasi oleh pihak BAITULMAL kepada golongan mualaf, mereka hidup aman bahagia dan serba cukup segalanya.

Namun harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Mr J akhirnya ditahan polis akibat satu tragedi hitam yang tidak pernah diimpikan sama sekali oleh Nani seumur hidupnya.

Kebahagiaan yang bertahun dibina itu runtuh dalam sekelip mata. Suami yang dicintai dan ayah yang dikasihi anak-anak itu hilang dari dakapan dan pandangan anak-anak dalam keadaan menyayat hati.

Rentetan itu, Nani terpaksa pulang ke kampung demi memulakan hidup baru bersama anak-anak. Di kampung mereka hidup dalam keadaan tertekan kerana terpaksa menumpang di rumah saudara terdekat. Sekejap di rumah A, sekejap di rumah B.

Anak-anak yang ramai , antara punca mengapa Nani terpaksa berpindah-randah. Saudara terdekat pun bukanlah orang senang. Kasihan anak-anak, merekalah yang paling terkesan dengan segala yang telah terjadi ini.

Di kampung, Nani menyara kehidupan dengan menjual kuih selain mendapat bantuan sara hidup dari LZNK. Mujurlah, tiga anaknya yang bersekolah ada menerima wang saku sekolah bernilai RM3 setiap hari dari projek sedekah jariah sukarelawan setempat.

Sedekah Jumaat kita hari ini bertujuan hendak membayar deposit dan menyediakan sebuah rumah sewa buat Nani dan anak-anaknya. Kita sudah mengenal pasti sebuah rumah yang berhampiran dgn sekolah dan hendak disewa dgn harga RM200 sebulan.

Selain itu, kita juga akan membeli segala keperluan rumah seadanya kerana Nani pulang ke kampung dalam keadaan sehelai sepinggang. Kita ingin memberi sebuah kehidupan baru yang selamat buat anak-anak yang tidak berdosa ini demi masa depan mereka. Ujian buat mereka, ujian juga buat kita.

Redha dengan takdir Illahi, Nani tidak punya masa untuk menangisi untung nasib suami kerana hatinya sarat menanggung pilu mengenangkan keadaan anak-anak hari ini apatah lagi, dia juga ada seorang anak perempuan. Dia sangat-sangat khuatir tentang nasib si gadis sunti yang punya seraut wajah yang sangat comel itu bila tidak punya rumah dan tempat kediaman yang tetap.

Mujurlah masyarakat setempat sangat memahami keadaannya. Banyak membantu, tidak pernah memandang serong terhadap dia dan anak-anak. Jauh sekali menyisihkan mereka meskipun dia yakin, masyarakat juga tahu tentang apa yang telah terjadi terhadapnya.

Sehingga saat ini, anak-anak yang empat orang dan berusia antara 12 – 5 tahun itu, sering meluahkan kerinduan terhadap ayah meraka. Yang dia mampu, hanyalah mendakap mereka dalam linangan air mata tanpa mampu berkata sebaris ayat pun.

Mereka terlalu kecil untuk menerima tentang hakikat sebenar segala-galanya. Cukuplah dengan segala kesakitan yang telah ditanggungnya hari ini . Dia tidak sanggup membiarkan mereka merasai apa yang dia rasakan selama ini. Anak-anak telah menjadi saksi bagaimana si ayah telah diseret pergi di depan mata dalam keadaan tangan bergari. Meraung mereka menangisi “pemergiaan “ ayah pada malam tragedi berdarah itu.

Saat itu, tangannya yang hanya ada dua ini, tidak cukup untuk menutup dan menghalang pandangan 8 pasang mata dari menyaksikan peristiwa itu. Air mata mereka yang tumpah pun tak mampu dikesatnya lagi. Apatah lagi untuk meredakan tangisan mereka. Akhirnya mereka terlelap dalam sendu yang panjang.

Sejak itu, ayah mereka hilang dari pandangan sehinggalah ke hari ini dan mungkin juga sampai bila-bila. Satu saja yang dia harapkan, biarlah jangan sampai anak-anak tahu bahawa ayah mereka telah ditahan di bawah seksyen 302 yang mana jika sabit kesalahan akan membawa kepada hukuman mati mandatori.

Jumaat yang barakah, salam dan selawat buat Junjungan Besar kita.

Sumber: Natipah Abu

Nor Azilah