Siakap Keli
Gambar: iheartcats

Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Antara 8 Baka Kucing ‘Rare’ Punyai Keunikan Tersendiri

Pasti ramai di antara kita yang tahu serba serbi berkenaan baka kucing yang terkenal seperti Parsi, Munchkin, Bengal dan lain-lain lagi. Pun begitu, pernahkah anda dengar dan tahu berkenaan baka seperti Peterbald atau Minskin?

Kemungkinan untuk anda memiliki dua baka ini pastinya satu dalam sejuta. Ini kerana baka ini merupakan antara baka yang paling jarang ditemui di seluruh dunia. Bukan itu sahaja terdapat beberapa lagi baka yang jarang dilihat. Jadi, untuk anda mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian ini seperti berikut:

1.Peterbald

Lebih kurang sama dengan baka Sphynx, kucing jenis ini ditemui di Russia pada tahun 1994. Baka Peterbald ini dikatakan sangat lembut dan manja, dan cara penjagaannya lebih kurang sama seperti baka Sphynx.

2.Ojos Azules

Sama seperti maksud namanya dalam bahasa Sepanyol, kucing baka ini dinamakan sempena matanya yang berwarna kebiruan. Populasi baka ini sangat kecil, tidak ada banyak maklumat untuk menggambarkan sifat yang terdapat pada kucing yang ditemui di New Mexico pada tahun 1984 ini. Sebilangan pemilik kucing ini memaklumkan bahawa Ojos Azules ini sangat mesra, aktif dan manja.

3.Kurilian Bobtail

Baka kucing ini wujud secara semula jadi tanpa ada proses pembiakan yang selektif. Berasal daripada Pulau Kuril, kucing jenis ini sangat-sangat popular di Rusia dan sebahagian Eropah, dengan sangat sedikit terdapat di Ameria Syarikat.

Kurilian Bobtail ini difahamkan baka yang sangat bijak serta berdikari dan lembut sifatnya. Baka ini mempunyai persamaan dengan baka jenis Japanese Bobtail, tetapi Kurilian Bobtail ini lebih besar dan mempunyai saiz kepala yang lebih lebar. Baka ini juga merupakan pemburu yang sangat bagus di luar, ini kerana ianya mempunyai kebolehan menagkap ikan kerana menyukakan air.

4.Sokoke

Baka Sokoke juga adalah baka semula jadi dan berasal daripada Kenya. Baka yang lazimnya mempunyai belang di tubuhnya sangat tenang dan mudah didekati.

5.Serengeti

Serengeti telah muncul pada pertengahan 1990-an dan dikatakan baka hasil dari kacukan Bengal dan Oriental Shorthair. Walaupun baka kucing ini sangat jarang ditemui, namun mereka popular dengan sifatnya yang sentiasa berwaspada, mesra dan mempunyai personaliti yang menarik. Memiliki tubuh badan yang panjang, baka jenis ini sering disamakan dengan kucing liar Afrika.

6.Napoleon

Sama seperti Jeneral Perancis yang terkenal, Napoleon Bonaparte, kucing ini terkenal dengan sifatnya yang lasak. Gabungan antara Parsi dan Munchkin, baka ini sangat gebu, kecil dan sangat lembut apabila disentuh. Walaupun baka ini hasil daripada jenis Parsi, ianya tidak mengekalkan muka yang penyek, cuma kepalanya yang bulat sahaja seperti kucing Parsi yang lain.

7.Burmilla

Gabungan diantara Parsi Chinchilla dan Burmese, baka kucing ini didakwa terhasil secara tidak sengaja di United Kingdom pada akhir 1980-an. Seakan tidak masuk akal, kucing jenis ini dikatakan terhasil selepas seorang cleaner keluar tanpa menutup pintu dan dua kucing yang berbaka Parsi Chinchilla dan Burmese bertemu dengan satu sama lain dan mengawan. Baka ini sangat comel dan paling diinginkan.

8.Minskin

Seperti baka anjing hibrid yang popular, Minskin terhasil daripada persilangan antara Sphynx dan Munchkin. Memandangkan asal usulnya, Minskin mempunyai tubuh Sphynx yang tidak berbulu dan mempunyai kaki yang pendek seperti Munchkin. Kucing jenis ini terkenal dengan sifatnya yang mesra dan tubuh yang kecil.

Sumber: iheartcats

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa