Siakap Keli

Pagar Masjid & Surau Disaran Jangan Dikunci Pada Waktu Selain Dari Waktu Solat – Dr Zulkifli

Pagar masjid, Surau Jumaat dan surau disarankankan untuk tidak dikunci pada waktu lain daripada waktu solat seperti yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan rasmi berkata, ianya bagi memudahkan orang ramai untuk menunaikan solat terutamanya bagi mereka yang bermusafir dan penghantar makanan, barangan dan pemandu e-hailing.

”Bagi pelaksanaan solat berjemaah, pagar masjid, Surau Jumaat dan surau juga disarankan untuk tidak dikunci pada waktu selain daripada waktu solat (sebagaimana yang ditetapakn dalam SOP sebelum ini) bagi memudahkan orang ramai untuk menunaikan solat terutamanya bagi mereka yang bermusafir dan penghantar makanan, barangan dan pemandu e-hailing,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, semua masjid dan surau di seluruh negara telah ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum larangan tersebut dilonggarkan semula dengan pembukaan masjid dan surat pada waktu solat fardhu dengan bilangan jemaah yang terhad.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.