Siakap Keli
Gambar: Dr. Amali Amin

Pernah Bunting Tapi ‘Gagal’ Hingga Terpaksa Dibedah, Kisah Becca Kucing Dari UIA ‘Merantau’ Ke Brunei

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memiliki kucing sebagai peneman hidup adalah satu nikmat paling bahagia yang diidamkan para pencinta haiwan.

Begitu juga kalau kucing itu datang dalam hidup kita melalui beberapa peristiwa yang agak luar biasa.

Dan benar, perkara ini dialami sendiri oleh seorang rakan kepada Dr. Amali Amin, di mana dirinya mula ‘berkenalan’ dengan seekor kucing ketika di zaman universiti.

Percaya atau tidak, kucing istimewa bernama Becca ini pernah hidup di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan situlah hubungan mereka bermula.

Apa-apa pun, jom baca kisahnya di bebenang di bawah ini.

Becca berhijrah ke Brunei.

Bermulanya kehidupan serba lengkap dilimpahi kemewahan

‘Solehah’ juga si Becca ni ye.

Kucing pun pandai dengar bacaan Al-Quran. Bagaimana pula kita? Allahu.

Beza sungguh muka si Becca ini ketika ‘zaman’ universiti dulu.

Dulu kurus kecil molek, sekarang dah mewah, makin kembang gebu gebas pula.

Seronoknya kalau dapat kucing macam Becca ni.

Sudahlah manja teramat, sihat walafiat lagi.

Memang boleh hilang tension kalau lepas balik kerja, dia menunggu di pintu untuk dipeluk.

Tahniah saudari Azrinoh kerana sudi bertanggungjawab menjaga Becca waktu dia sakit dulu hingga bahagia ke hari ini.

*Tiba-tiba penulis teringat kisah kucing jalanan Bob yang sudah mati sebab kena langgar kereta tu. Semoga Bob tenang di sana.

Sumber: Dr. Amali Amin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.