Siakap Keli

Sebatang Sungai Di China Dipenuhi Buih Tebal Selepas 4 Tan Serbuk Pencuci Tumpah

Sebuah sungai di China telah dilitupi buih seakan salji selepas beberapa tan pencuci pakaian tumpah di sungai berkenaan. Melalui rakaman video yang tular di media sosial, lapisan buih tebal itu menutupi sungai Shitou di Bandar Baoji. Kejadian yang terjadi pada 26 Jun lalu juga menyebabkan air sungai menjadi putih.

Menurut laporan media, sebanyak 20 tong serbuk pencuci tumpah selepas lori yang membawa bahan tersebut mengalami kemalangan dan menyebabkan ia tersebar di sungai berdekatan.

Pegawai alam sekitar wilayah melaporkan sebanyak 4 tan ‘alkylbenzene sulfonic acid’ telah masuk ke dalam air sungai. Tambah beliau walaupun bahan pencuci ini tumpah dalam kuantiti yang besar, ianya tidak akan menjejaskan bekalan air masyarakat setempat kerana menurutnya bahan ini tidak membahayakan pengguna dan mudah larut.

Dalam satu kenyataan lain, pihak berkuasa mengatakan lori penghantaran tersebut membawa 145 tong iaitu sebanyak 28 tan serbuk pencuci dan sekitar 20 tong telah bocor.

Pegawai kesihatan menafikan terdapat aktiviti mandi manda oleh penduduk  tempatan di sungai penuh buih tersebut walaupun terdapat video yang disebarkan oleh media tempatan. Tambah mereka, mandi secara terus pada air yang dipenuhi oleh “alkylbenzene sulfonic acid’ ini akan menyebabkan keradangan pada kulit dan mata sehinggan boleh menyebabkan luka yang serius.

Media tempatan juga melaporkan, pegawai kesihatan mula menguji air sungai tersebut secara besar besaran untuk memastikan ia selamat digunakan dan membuat penilaian untuk mengesan ancaman bahaya terhadap ekosistem laut.

Sumber: Ladbible RepublicWorld

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.