Siakap Keli
Gambar: Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Beli Dua Van Untuk Buat Van Jenazah & Ambulans, Beri Khidmat Percuma

Insan ini tidak pernah berhenti jejaknya berhari-hari memberi bantuan kepada manusia yang memerlukan walau di mana pun ceruk mereka berada.

Tidak kira bangsa, agama, warna kulit mahupun taraf hidup, selagi mana perlu dibantu, maka beliau akan bantu.

Baru-baru ini, tular kisah penyanyi terkenal tanah air yang sudah berpangkat veteran; To’ki yang hidup melarat di sebuah pondok usang di dalam hutan.

Namun baginya, itu adalah satu tanggungjawab utama untuk menziarahi serta menyampaikan amanah sumbangan orang untuk insan tua tersebut.

Hari ini, Ustaz Ebit Lew berkongsi satu lagi ‘projek’ baharunya, iaitu membeli dua buah van untuk digunakan sebagai van jenazah dan ambulans.

Mari baca perkongsian di bawah ini.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Doakan ya. Syukur baru beli 2 van nak beri khidmat percuma. 1 van jenazah dan 1 ambulan pada yang memerlukan tanpa apa-apa bayaran langsung.

Dulu masa mak saya meninggal dunia. Susah sikit cari van jenazah. Akhirnya dapat van jenazah untuk bawa mak yang tercinta untuk disemadikan di kampung.

Rindu mak sangat. Terima kasih yang membantu masa menguruskan mak saya masa tu.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Syukur saya beli van di Toyota dan ubai suai di Imarah Auto. Terima kasih Abang Mizey sponsor sticker yang cantik.

Terima kasih juga semua yang bersama kami menjayakan dan mendoakan. Semoga Allah rahmati dan terima usaha yang sedikit ini.

Jika memerlukan khidmat van jenazah atau ambulan percuma untuk mereka tidak mampu dan memerlukan boleh hubungi 01170787900.

Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew
Gambar: Ustaz Ebit Lew

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.