Siakap Keli

Wanita Ini Suruh Dr.Amalina Beranak Dulu Baru Boleh ‘Sembang’ Hal Kesihatan Orang Lepas Bersalin

Apabila disebut sahaja nama Dr. Amalina Che Bakri, pasti ramai yang mengenali anak Malaysia yang kini berkhidmat sebagai pakar bedah di United Kingdom (UK).

Walaupun sibuk dengan tugas harian, populariti Dr Amalina di media sosial tidak dapat disangkal lagi apabila sering mendapat perhatian dengan pelbagai soalan yang diajukan oleh netizen.

Namun, tidak kurang juga yang membidas beliau kerana jawapan atau pendapat yang diberikan ada yang bertentangan dengan kefahaman mereka seperti individu ini.

”Orang macam Dr ni tunggu lepas beranak dan umur masuk 40-an nanti keceklah.. kecek loni mugo demo tak beranok lagi.. tak keno ko demo, demo kato belako,” tulis individu tersebut.

Tampil membidas, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan, ini turut menggunakan ‘slang’ yang sama sehingga meraih 21.7 ribu tanda suka dan 17.5 ribu ulang kicau di Twitter, hanya dalam tempoh beberapa jam dimuat naik.

Beghat kalo ikut caro demo pikir

Difahamkan, isu berkenaan adalah mengenai petua berpantang dalam masyarakat Melayu menggunakan cara tradisonal dan ada di antaranya yang tidak munasabah untuk diikuti.

Tetapi, ada yang tidak bersetuju dan menyelar beliau kerana dilihat cuba menunjuk pandai sedangkan belum berumah tangga dan melahirkan anak, sedangkan pada hakikatnya beliau lebih arif kerana merupakan pakar dalam bidang perubatan.

 

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen di Twitter yang rata-ratanya terhibur dengan tweet Dr. Amalina kerana sebelum itu dilihat sering menulis di dalam bahasa formal.

Kemah ore kito


Sumber: Dr. Amalina

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.