Siakap Keli

20 Tahun Kerah Keringat, Lin Dan Akhirnya Gantung Raket, Umum Bersara Sebagai Pemain

Jaguh badminton dunia dan juga seteru utama Dato’ Lee Chong Wei dari negara China mengumumkan persaraan sebagai pemain badminton professional selepas 20 tahun bergelar pemain.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Persatuan Badminton China dan telah menerima surat rasmi persaraannya beberapa hari lalu. Menurut Lin Dan, beliau sudah 37 tahun dan tahap kecergasannya tidak mampu lagi bersaing dengan rakan sepasukan yang lebih muda.

Lin Dan pernah merangkul dua kali gelaran juara Olimpik perseorangan lelaki dan 7 kali juara dunia sepanjang karier sebagai pemain. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada peminat, keluarga dan rakan sepasukan beliau yang menyokongnya sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, Lin Dan pernah menyatakan bahawa akan bersara hanya selepas seteru dan sahabat baiknya Lee Chong Wei bersara dari dunia badminton dan beliau telah menunaikan kenyataannya itu kerana Lee Chong Wei juga telah bersara sebagai pemain.

Sumber: CGTN

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)