Siakap Keli

Berisiko Jerebu, Kebakaran Hutan Semakin Memburuk Di Wilayah Kalimantan

Ratusan titik-titik panas yang berisiko untuk meletus dan menyebabkan kebakaran hutan telah dikesan di sebuah wilayah di Indonesia sekaligus mengisytiharkan darurat pada Rabu.

Wilayah Kalimantan yang terletak di Borneo, dilaporkan sering dilanda kebakaran setiap tahun di mana kebakaran terburuk sejak 2015 direkodkan pada tahun lalu.

Tragedi tersebut menyebabkan sekitar 1.6 juta hektar kawasan telah musnah dan menyebabkan jerebu yang teruk di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Susulan itu, ianya telah menimbulkan kebimbangan mengenai kemampuan Indonesia untuk menangani krisis kebakaran pada tahun ini apabila pelbagai usaha dan dana telah disalurkan bagi menangani wabak Covid-19.

Menurut Ketua Mitigasi Bencana Kalimantan, Darliansyah, berkata pihaknya mengesan lebih daripada 700 titik panas di seluruh wilayah sejak awal tahun ini.

Titik panas yang dikesan oleh satelit itu merupakan kawasan panas yang menunjukkan kemungkinan yang tinggi untuk berlakunya kebakaran.

Katanya, puluhan api telah dipadamkan setakat ini dan pihak berkuasa telah mengerahkan puluhan pesawat pengebom air dan melakukan pembenihan awan sejak kebakaran mula berlaku pada Mei lalu.

Operasi tersebut akan berlangsung sehingga berakhirnya msim kemarau pada hujung September ini.

Pada tahun lalu, jerebu akibat kebakaran tersebut telah menyebabkan penutupan sekolah di seluruh wilayah dan mengancam kesihatan berjuta-juta orang.

Malah, ianya turut mencetuskan kerisauan dunia mengenai risiko pelepasan karbo daripada kebakaran tersebut yang boleh meningkatkan pemanasan global.

Sumber: Phys.org

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.