Siakap Keli
Gambar: Azmeer Yusof 25

(Gambar) Bekas Pemain Bola Sepak Kedah Beli Rumah Terbiar RM140k & ‘Renovate’ Cantik-Cantik, Dua Bulan Kemudian Ada Orang Tawar Nak Beli RM320k

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dengan harga RM120k untuk tanah seluas 4,500 kaki persegi di tengah bandar Alor Setar, seorang pemuda telah membeli sebuah rumah usang berusia 30 tahun.

Rumah yang telah lama ditinggalkan itu kelihatan terbiar dengan pokok-pokok merimbun dan menutup struktur asal bangunan.

Pun begitu, Azmeer Yusof 25 yang juga bekas pemain pertahan Kedah, tetap nekad untuk memiliki rumah berkenaan dan mengubahsuainya dengan kos sekitar RM60k.

Kegilaan apakah ini beli rumah yang dah ditinggalkan hampir 30 tahun. Dan agen penjual tanah memberitahu, saya orang yang entah ke berapa datang tengok tanah tersebut.

Seseorang memberitahu tanah ini untuk dijual. Saya terus ambil keputusan untuk tengok sendiri tanah ini kerana tanah ini betul-betul di tengah Alor Setar.

Tambahan pula, tanah ini berkeluasan 4500 kaki persegi. Jadi pada saya agak besar kerana tanah saya di Gombak hanya 2000 kaki persegi.

Setibanya saya di tanah ini, mengucap panjang saya. Allah Allah.. Sejengkal tanah langsung tak nampak. Semuanya dah jadi rimba!

Saya gagahkan diri juga sambil membaca apa yang patut dalam hati untuk masuk ke tanah tersebut dan melihat tinggalan rumah usang di tanah itu.

Seriously sangat-sangat teruk dan setahu saya rumah tu dah jadi ‘port‘. Dan sudah tentu rumah tersebut sangat-sangat menakutkan.

Pokok sebesar pemeluk orang dewasa berada di tengah-tengah ruang tamu rumah. Tandas yang terlalu gelap gelita kerana pemilik lama tak letak tingkap. Banyak lagi nak cerita benda yang menyeramkan masa saya datang tengok.

Tapi tak mengapa. Saya nekadkan juga untuk beli tanah tersebut kerana pada saya rumah boleh dibina. Tapi tanah tersebut takkan dapat dah di tengah-tengah Alor Setar.

Haaa.. Yang lagi buatkan saya nak beli kerana tembok rumah masih utuh. Tapi senekad-nekad saya pun, restu mak ayah penting. Saya telefon mak ayah minta pendapat.

Ayah saya cakap tanya dulu jiran-jiran berdekatan rumah tu ditinggalkan puluhan tahun kerana hantu atau saja-saja tinggal. Lawak, kan? Tapi kata-kata mak ayah kita kena dengar.

Saya bertanya kepada jiran terdekat dan jiran tersebut mengatakan ‘kelia-kelia, takdak apa aih’ (clear, tak ada apa-apa).

Selepas itu terjadinya pembelian rumah usang dan tanah sebesar 4500sqft, Alhamdulillah.

Niat sebenar nak hancurkan terus rumah usang tu. Tapi ayah saya cakap bangunan asal masih kuat. Jadi saya dan team plan satu rancangan untuk menggunakan struktur asal dan baiki apa yang patut.

Betul kata orang. Baiki lebih mahal dari membina. Tapi takpa, kepuasan hati apabila dapat baiki rumah usang menjadi sebuah rumah.

Saya berhabisan 60k untuk baiki dan lengkapkan segala-galanya. Kepuasan hati tidak boleh dibeli.

Sekarang saya puas hati dengan apa yang saya buat walaupun ramai yang cakap lebih baik bina rumah baru. Dan sekali lagi saya mohon pinjaman peribadi 50k untuk baiki rumah ini.

Selepas proses pembaikan dan ubahsuai

Jadi dalam hidup saya pinjaman peribadi yang saya mohon hanya untuk perkara-perkara sebegini, bukan untuk berjoli.

Ok lupa nak beritahu. Saya beli tanah ini dengan harga RM140k. Jadi jumlah semua RM200k. Dan in syaa Allah lagi 2 tahun saya habis bayar untuk semuanya yang saya hutang atas tanah ini.

Jadi kepada sahabat-sahabat saya yang membaca ni, beli sahaja tanah dan rumah walaupun ianya usang. Takkan rugi kerana semasa saya baiki rumah ini, seseorang datang tawar nak beli RM320k. Boleh bayangkan tak hanya sebulan dua seseorang datang tawar untuk beli RM320k!

Jadi sekarang berapa agak-agak nilai pasaran tanah dan rumah saya ni?

Dan kini rumah saya ini telah dijadikan sebagai tempat pengajian Al-Quran untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan. Bermula dari Iqra’ hingga ke Al-Quran.

Untuk muslimin setiap hari Ahad hingga Khamis (9 pagi-10 malam). Untuk muslimat setiap hari Jumaat dan Sabtu (9 pagi-11 pagi).

Segalanya percuma di rumah saya. Tiada yuran, tiada bayaran apa-apa.

Tuan-tuan dan puan-puan cuma datang dengan niat untuk mengaji sahaja.

Kepada yang nak meyumbang untuk rumah pengajian saya, boleh sumbangkan ke akaun Pusat Pengajian Azmeer Yusof, 8604202446 (CIMB ). Terima kasih.

Sumber: Azmeer Yusof 25

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.