Siakap Keli
loteng
Gambar: Battle Born Ben

(Gambar) Deko Buat Loteng Dalam Rumah, Ini Proses & Kos Anda Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Terdapat banyak cara untuk mengubahsuai rumah agar menjadi lebih luas. Salah satu caranya ialah dengan memanfaatkan ruang beberapa kaki di atas kepala anda.

Anda boleh memilih untuk menggunakan ruang tersebut untuk menggantung rak sama ada untuk menyimpan buku atau perhiasan seperti ini;

Kredit: Google

Atau ini,

Kredit: Google

Dan, jika anda mempunyai ruang siling yang lebih tinggi dan luas serta bajet yang besar, anda juga boleh membina loteng di rumah anda.

Kredit: Google
Kredit: Google
Kredit: Google
Kredit: Google

Biarpun pembinaan loteng jarang menjadi pilihan di negara kita berikutan suhu yang panas, tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan.

Dalam perkongsian Battle Born Ben di Kelab Deko Sebelum & Selepas, beliau telah berkongsi transformasi mengagumkan ruang siling sebuah rumah menjadi loteng.

Loteng tersebut mempunyai sistem pengudaraan tersendiri dan turut mempunyai atap lut sinar sebagai sumber cahaya serta membolehkan pemilik melihat keindahan langit.

Kongsinya kepada kami, ruang loteng perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 9 kaki untuk membolehkan ia diubah suai untuk kegunaan pemilik. Jika kurang dari ketinggian ini, lebih baik dijadikan stor, katanya.

Selain itu, anda juga tak perlu berpindah untuk pembinaan loteng kerana ia tidak mengganggu ruang bawah melainkan pemasangan tangga.

“Untuk pembinaan loteng bumbung ni mengambil masa hampir satu bulan. Dan pemilik tidak perlu pun berpindah sebab kita tidak mengubah apa-apa yang ada di ruang bawah kecuali pemasangan tangga sahaja.

“Ramai juga yang bertanya tak panas ke kalau dalam bumbung? Ya memang panas kalau tak ada pendingin hawa. Wajib ada pendingin hawa atau kipas. Ini yang seeloknya.”

Tambahnya, kos membina loteng berkeluasan 20 x 26 kaki itu ialah RM36,000 dan memakan masa sebulan.

Sebelum

Selepas

 

Sumber: Battle Born Ben

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.