Siakap Keli

Hanya 1 Beg Laptop, 1 Beg Tangan Atau 1 Beg Kecil Saja Dibenarkan Bawa Masuk Dalam Pesawat Air Asia

Selepas kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri, ramai di antara kita yang ingin pulang ke kampung halaman dan ada juga yang mahu pulang ke bandar untuk kembali ke rumah masing-masing.

Namun, bukan semua yang mahu merentas negeri menaiki kereta kerana ramai juga yang memilih menaiki kapal terbang terutama sekali dari Sabah dan Sarawak.

Bagi anda yang bakal menaiki pesawat Air Asia ketika musim pandemik Covid-19 ini, Air Asia memperkenalkan polisi baharu bagi syarat-syarat bag yang boleh dibawa bersama ke dalam pesawat.

Menurut laman web Air Asia, hanya 1 beg berukuran 40cm tinggi x 30cm lebar x 10cm dalam sahaja dibenarkan dibawa bersama ke dalam pesawat. Dalam erti kata lain, hanya 1 beg laptop ATAU 1 beg tangan ATAU 1 beg kecil yang mengandungi barangan keperluan anak kecil sahaja dibenarkan.

Beg tersebut juga mestilah muat untuk diletakkan di ruang bawah hadapan tempat duduk anda dan tidak melebihi berat 7kg.

Jika beg anda tidak muat di ruang bawah depan tempat duduk anda:

  • Anda akan diberi kelonggaran untuk daftar masuk beg anda yang beratnya kurang 7kg. Sila daftar masuk beg anda di kaunter terlebih dahulu.
  • Jika beg anda melebihi 7kg, cas lapangan terbang akan dikenakan bagi setiap kilogram.
  • Kelonggaran daftar masuk beg kurang dari 7kg mestilah dilakukan berasingan daripada daftar masuk beg biasa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Air Asia atau klik di SINI

Sumber: Air Asia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)