Siakap Keli

Ini 5 Ciri-Ciri Ayam Yang Sudah Disuntik Termasuk Kulit Kelihatan Licin & Tak Kesat

Tak dapat dinafikan orang Malaysia tidak mengira bangsa dan agama sangat gemar memakan ayam. Tambahan pula, ada sesetengah masyarakat yang mengambil ayam sebagai sebahagian daripada diet harian mereka.

Tetapi apa yang anda perlu tahu sebelum membeli seekor ayam, anda perlu tengok bentuk ayam tersebut. Ini kerana ada sesetengah penjual ayam, mereka ada menggunakan bahan kimia ke dalam bahan mentah itu bagi memperlihatkan ayam itu kelihatan segar, baru dan besar. Sudah pasti ini akan menarik perhatian orang ramai untuk membeli.

Bagaimana untuk mengetahui ciri-ciri ayam yang telah disuntik? Ikuti perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia mengenai ciri-ciri ayam disuntik yang perlu anda ketahui.

Penggunaan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging bukanlah satu perkara baru. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’.

Peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menipu ini mrnyuntik cecair gram, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya.

Mengikut undang-undang jika peniaga melakukan perkara ini mereka harus menyatakan kepada pengguna.

Namun ada peniaga yang tak jujur dan menggunakan kaedah ‘plumping’ ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda.

Berikut merupakan tips untuk mengesan daging ayam yang telah disuntik dengan air:

  • Air menitis dengan banyak apabila digantung atau diangkat.
  • Keluar air dengan banyak apabila dimasak.
  • Air bergenang di sekitar apabila diletak.
  • Kulit ayam kelihatan berkilat dan tidak kesat.
  • Daging mengecut apabila dimasak.

Sumber: Public Health Malaysia

Nor Azilah