Siakap Keli

Konon Minta Baiki ‘Phone’, Lelaki Kongsi ‘Kisah Hitam’ Dakwa Pernah Diraba Pak Cik Tua Ketika Tingkatan 4

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin kisah ini agak pelik tapi tidak mustahil berlaku dalam kalangan kita apabila lelaki menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang lain.

Begitulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia mendedahkan detik hitam berdepan dengan seorang ‘pakcik’ bernafsu serakah kononnya meminta untuk membaiki telefonnya yang rosak dalam kereta dengan alasan boleh melakukan perbuatan yang tidak senonoh itu.

“Masatu aku pakai jubah dengan kopiah la bongok. Tak pakai seksi pun …”

Then dia kata ada satu urat tunjang ni yang kena betulkan tapi dekat bahagian kelamin. Then dia cakap, adik reset dulu sambil pakcik betulkan urat tu.

Time aku nak keluar tu, pintu kereta kunci gila!! Aku terus jadi takut aku tarik picu kunci pintu tu tak pandang dia langsung pastu aku lari keluar.

Katanya, sejak daripada kejadian itu dia mengalami trauma yang teruk. Tegasnya kepada orang ramai yang menyalahkan aurat dan pemakaian wanita itu adalah salah, katanya perogol tetap perogol, mereka tak tertarik langsung dengan cara pemakaian kita sebab waktu itu dia pakai jubah yang berlitup dan dia adalah lelaki.

“Ada satu side, perogol ni terangsang sebab halusinasi dia sendiri. Lagi-lagi nafsu kuda”

Selepas bebenang daripada Twitter lelaki ini mendapat perhatian ramai, ada sesetengah orang yang berkongsi tragedi yang seakan sama dengannya diceritakan untuk dijadikan sebagai teladan dan pengajaran kepada orang ramai.

 

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.