Siakap Keli
Kredit: Sylvia McLain

Rumah Percuma Tapi Tak Ada Siapa Nak Duduk, Kisah Rumah Misteri Di Louisiana

Siapa tak mahu barang percuma? Hampir semua orang sukakan barang percuma, apatah lagi jika ia merupakan sesuatu yang mahal.

Namun di Lousiana, Amerika Syarikat, tiada sesiapa yang sanggup tinggal di sebuah rumah biarpun ditawarkan secara percuma oleh pemiliknya.

Pemberian itu telah diiklankan ejen hartanah, Sylvia McLain di Facebook miliknya.

Kalau dilihat, ia kelihatan seperti rumah biasa. Namun, terdapat rahsia di sebalik dinding putih rumah itu.

Biarpun kelihatan moden, ia dikatakan telah dibina sejak 1930. Semuanya bermula selepas kematian seorang wanita tua berusia 90 tahun yang pernah tinggal di sana.

Menurut salah seorang bekas penghuni rumah tersebut yang meninggalkan komen pada kiriman Sylvia, dia sering mendengar seolah-olah ada seseorang yang memasak di dapur dan mengalih periuk di ruangan itu.

“Kami percaya dia (nenek) adalah hantunya, tapi dia tidak membahayakan. Ketika kami tinggal di sana, kami sering mendengarnya mengacau-ngacau periuk seperti memasak di atas dapur sedangkan tiada sesiapa di dapur.”

Sementara itu, seorang wanita yang mengakui dirinya sebagai penghuni terakhir sebelum ia ditinggalkan turut mendakwa terdapat gangguan di rumah berkenaan.

“Saya merupakan penyewa terakhir yang tinggal di situ sebelum ia ditinggalkan. Tempat itu bagus tetapi rumah itu tak menenangkan jika anda tak suka tinggal dengan makhluk halus, kerana ‘mereka’ bising,” kata Gypsy Dawn.

Selain itu, ada juga warga maya yang mendakwa terlihat kelibat kanak-kanak pada tingkap rumah tersebut.

“Macam ada budak perempuan di tingkap,” kata Tascha Kauroff sambil membulatkan gambar dimaksudkannya.

Pun begitu, tiada maklumat sama ada rumah itu telah mempunyai penghuni atau tidak setakat ini.

Sumber: Tribun News, NY Post, Sylvia McLain

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.