Siakap Keli

Tengkorak Seorang Kanak-Kanak Perempuan Retak Selepas Ditimpa Botol Arak Jatuh Dari Tingkat 23

Tengkorak seorang kanak-kanak perempuan dari Rusia retak selepas botol arak jatuh dari sebuah balkoni pangsapuri.

Kanak-kanak berusia 4 tahun itu berada dalam keadaan parah dan di terpaksa dikejarkan ke hospital selepas plastik sampah yang mengandungi botol arak dibuang dari tingkat 23 sebuah pangsapuri yang telah dibuang oleh seorang budak lelaki yang berusia 6 tahun

Kejadian yang sempat dirakam melalui kamera litar tertutup terjadi semasa kanak-kanak perempuan tersebut sedang bersiar-siar bersama keluarganya di kejiranan Krasnogorsk, Moscow.

Melalui temubual bersama bapa kanak-kanak tersebut yang merupakan seorang pakar urologi di sebuah hospital berkata “Kami berada kira-kira 5 meter dari pangsapuri. Kejadian ini berlaku terlalu pantas dan saya hanya menyedari selepas anak saya terbaring di atas jalan.”

Kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital dan doktor mendapati tengkorak kepalanya retak akibat hentakan dari botol kaca. Walaupun doktor mengesahkan keadaanya sangat kritikal, bapanya mengatakan dia ada menunjukkan tindak balas yang baik.

Melalui siasatan polis medapati seramai 3 orang kanak-kanak berusia 6, 7 dan 8 tahun bermain di balkoni kediaman di tingkat 23 dan menemui beg sampah dari sebuah rumah.

Menurut media tempatan kanak-kanak berusia 6 tahun itu pada mulanya ingin membuang beg sampah tersebut tetapi membatalkan niatnya kerana takut terkena pejalan kaki. Namun beg sampah tersebut terlepas dari tangannya.

Kanak-kanak tersebut yang mengakui kesalahannya ingin berjumpa dan meminta maaf kepada mangsa dan ibu bapanya.

Sumber: Daily Star

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.