Siakap Keli

TERKINI: Kembali Jadi 2 Digit, 10 Kes Positif Baharu Hari Ini Serta 15 Kes Sembuh & Sifar Kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa seramai 10 kes baharu dilapor hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,658 kes.

Menerusi perkongsian data daripada laman Facebook KKM, daripada 10 kes baharu dilaporkan, 7 adalah kes import membabitkan mereka yang pulang dari Arab Saudi. Jumlah keseluruhan bagi kes import adalah sebanyak 637.

Susulan daripada itu, sebanyak 15 kes pulih dan dibenar discaj hari ini, jumlah kumulatif pulih 8,461 kes. KKM juga mengesahkan bahawa tiada pertambahan kes dilaporkan setakat hari ini.

Terkini #covid19malaysia, 4 JulaiKes sembuh= 15Jumlah kes sembuh= 8,461Kes positif= 10 kes(kes import= 7, kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, July 4, 2020

 

Sumber: KKM

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.