Siling serta bangunan di tingkat dua asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam Raub musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Kejadian tersebut hanya membabitkan tingkat dua di blok asrama lelaki dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang bekas pelajar dari sekolah berkenaan menunjukkan api sedang marak menjilat sebahagian tempat tinggal pelajar asrama.
Difahamkan, laungan azan turut berkumandang ketika anggota Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran tersebut.
Asrama sekolah agama saya terbakar pagi tadi,bilik saya duduk dulu pulak tu..Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam Raub – Original
Posted by Soleh Nordin on Friday, July 3, 2020
Asrama Lelaki Sek.Men. (A) Al-Falah, Batu Talam, Raub Terbakar
04July2020/PahangMakluman awal kebakaran berlaku l/kurang jam 0340hrs pagi tadi bermula dari tingkat 3 Asrama Lelaki Sek.Men. (A) Al-Falah, Batu Talam, Raub. Maklumat awal punca kebakaran akibat litar pintas. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan..#inforoadblock
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Friday, July 3, 2020
Bagaimanapun, kebakaran dapat dipadamkan oleh sepasukan anggota Bomba dan ini keadaan terkini selepas kejadian berlaku yang dikongsikan melalui laman Facebook rasmi sekolah tersebut.
Assalamualaikum wbt…Allahuakhbar…alhamdulillah semua pelajar lelaki dalam keadaan selamat dan baik…semuanya…terima kasih atas doa kalian.
Susulan daripada itu, punca kejadian masih belum dikenalpasti.
Sumber: SMA Al Falah Batu Talam, Soleh Nordin