Siakap Keli

(Video) Asrama Lelaki Sekolah Agama Al Falah Terbakar, Semua Pelajar Disahkan Selamat

Siling serta bangunan di tingkat dua asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam Raub musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Kejadian tersebut hanya membabitkan tingkat dua di blok asrama lelaki dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang bekas pelajar dari sekolah berkenaan menunjukkan api sedang marak menjilat sebahagian tempat tinggal pelajar asrama.

Difahamkan, laungan azan turut berkumandang ketika anggota Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran tersebut.

Bagaimanapun, kebakaran dapat dipadamkan oleh sepasukan anggota Bomba dan ini keadaan terkini selepas kejadian berlaku yang dikongsikan melalui laman Facebook rasmi sekolah tersebut.

Assalamualaikum wbt…Allahuakhbar…alhamdulillah semua pelajar lelaki dalam keadaan selamat dan baik…semuanya…terima kasih atas doa kalian.

Susulan daripada itu, punca kejadian masih belum dikenalpasti.

 

Sumber: SMA Al Falah Batu Talam, Soleh Nordin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang