Siakap Keli

Kos Tak Sampai RM150 Je, Wanita Ini Puas Hati Dapat Buat “Table Bar” Sendiri Dengan Modal Rendah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Teringin rumah yang cukup lengkap dengan peralatan yang kabinet yang cantik-cantik, orang kata buat sedap mata memandang. Ye lah, kalau baru pindah mesti dalam fikiran setiap pasangan atau individu yang akan trasformasikan rumah mereka kan.

Tak ketinggalan apabila menyentuh mengenai ruangan dapur atau tempat keluarga ‘lepak’ membawang, tentunya tidak lengkap jika tidak ada ruangan kabinet atau meja bar di ruang tersebut. Bila adanya meja bar tersebut, ruangan kosong itu akan tampak lebih kemas dan teratur.

Ikuti perkongsian Atam Ayu di laman Facebooknya mengenai cara dan tips mudah untuk jimatkan wang tetapi boleh dapat satu meja bar yang sangat sempurna dan mewah sesuai untuk ruangan dapur di rumah.

Percaya tak kome kos kaunter table bar maktam ni kos tak sampai pun 150.00? Meh maktam share…

Beli semua peralatan di SINI

Sebenarnya maktam dah lama teringin nak buat bar table ni kat rumah singgah maktam ni.. duk riki hat ikea ok gak.. tapi ikea jauh lepastu maktam takde transport pula nak bawak top dia hat besar-besar tu. Jaid, maktam buat la sendiri.. berbekalkan imaginasi maktam dan paktam realisasikan..

Biasalah isteri sentiasa jadi mandor…

Ok, ni bahan-bahannya.

  • Papan playwood 12mm 2×4 = 17.50
  • 2 batang kayu inci 2×1 panjang 6kaki= 5.00
  • 5 shelves compactment = 59.90 tesco
  • Kaki sofa = 2.50/ beli 4 = 10.00
  • Wallpaper marble jenis pvc = 6.60 semeter
  • Sesiku L = 2.00
  • Cat kayu =36 .00

Beli semua peralatan di SINI

Total = 137.00 sahaja…

Siap dah.. jadila.. nanti kita cari stool ye.

Beli semua peralatan di SINI

Beli semua peralatan di SINI

Beli semua peralatan di SINI

Tambahnya semasa dihubungi SK, corak marble yang kita dapat lihat pada meja tersebut hanyalah menggunakan wallpaper jenis pvc. Ia memang akan kelihatan berkilat seperti meja bar yang mahal dan eksklusif.

Jadi, korang takkan tak nak cantikkan dapur korang dengan meja bar yang sangat mudah dan bahan yang senang dicari pulak tu. Tak salah kalau cantikkan dapur untuk isteri lebih semangat lagi untuk memasak.

 

Sumber: Atam ayue

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang