Siakap Keli

Pak Cik Ini Kayuh Basikal Jual Pulut Panggang Di Jalan Kebun, Hanya RM5 Untuk 4 Batang

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Walau sudah berada di usia emas, ianya tidak menjadi penghalang seorang warga emas untuk mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang individu, Nurfatin Aida, di Group Facebook Jalan Kebun, Pak Cik tersebut yang hanya berkain pelikat dilihat menjual pulut panggang di tepi jalan raya.

Dia hanya menggunakan kotak sebagai meja dan payung kecil yang diletakkan di atas basikal bersama kadbod dengan tulisan ”Pulut panggang, 4 batang, RM5.” 

Kegigihan warga emas itu demi mencari rezeki yang halal ternyata telah menyentuh hati ramai warganet sehingga menjadi tular di media sosial. Menurut Fatin, Pak Cik ini berniaga di selepas lampu isyarat Jalan Kebun.

Berniaga selepas traffic light Jalan Kebun

Berkongsi rezeki…siapa nak merasa pulut panggang yang macam kelantan pak cik ni boleh singgah selepas trafic light jalan kebun..

Pak cik ni meniaga sebelah kiri laluan nak pergi ke roundbout kecik tu.. 4pcs RM5..


Siapa nak try beli nak rasa boleh singgah beli kat Pak cik ni.. sedap.. kalau tak silap dia ada inti ikan dan udang..

Sama-sama kongsi rezeki sambil tolong-tolong pak cik ni sedikit sebanyak… insyaAllah.


Sumber: Nurfatin Aida via Jalan Kebun

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.