Siakap Keli

Tindakan Berani Wanita Bergambar Dengan Beruang Berakhir Dengan Tragedi

Percubaan berbahaya pelancong untuk mengambil gambar dengan beruang liar di tepi jalan hampir berakhir dengan tragedi. Rakaman aksi yang membahayakan itu dirakam oleh pengguna jalan raya.

Klip tersebut diambil oleh pemandu kenderaan di belakang wanita itu di jalan raya di Romania. Dia dilihat berdiri hanya beberapa kaki dari seekor beruang dan berpaling ke arah rakannya yang sedang mengambil gambar.

Wanita yang tidak disebutkan namanya kemudian menghadap pemangsa dan bahkan mengambil langkah mendekati beruang tersebut.

Bagaimanapun, haiwan berkenaan memberi reaksi secara tiba-tiba, menyebabkan wanita itu berlari ketakutan.

“Bolehkah anda melihat betapa bodohnya dia?” soal seseorang di sebalik rakaman video.

“Masuklah ke kereta. Sanggup membahayakan nyawa untuk bergambar bersama seekor beruang?” katanya.

Video asalnya disiarkan menerusi aplikasi TikTok oleh Alessandro Bacaoanu sebelum dipadamkan.

Namun, tidak dijelaskan lokasi sebenar ia berlaku di Romania.

Pihak berkuasa Romania berulang kali mengeluarkan amaran kepada pemandu agar tidak menganggu beruang di tepi jalan dan menganggapnya sebagai haiwan peliharaan,

Menteri Alam Sekitar, Costel Alexe baru-baru ini berkata: “Beruang itu adalah binatang liar yang dilindungi oleh undang-undang, bukan binatang peliharaan.

Sumber: Daily Star

Nor Azilah