Siakap Keli

(Video) “Camper Cara PKPP,” Lelaki Ini Ubah Suai Kancil Jadi ‘Campercar’ Lepak Tepi Pantai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pengembaraan menggunakan ‘campercar’ kini semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang ingin merasai percutian dalam suasana yang selesa tetapi tidak perlu mengeluarkan bajet yang banyak.

Bagi mereka bercuti menggunakan kenderaan sendiri yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil dan dapur adalah pengalaman yang menyeronokkan kerana boleh tidur dimana-mana sahaja tanpa perlu membuat tempahan penginapan untuk bermalam.

Baru-baru ini, tular video di laman sosial yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook Asri Nawawi yang berkisarkan bagaimana beliau berjaya mengubah kereta kancilnya menjadi ‘campercar’.

Tambahan pula, idea konsep ‘campercar’ yang beliau gunakan kelihatan menarik dan unik telah menarik perhatian ramai terutamanya peminat campercar kerana kereta kecil jarang digunakan sebagai ‘campercar’.

Lamanya tak bercamper, malam ni kita camper cara PKPB.
Kalau ada permintaan bangkenteng belanje la bunyi kalimba tu. Bukan pegang saje. Hehe

Sumber: Asri Nawawi

Nor Azilah