Siakap Keli
amaran ribut petir
Kredit: Google

Awas, MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Sehingga 6 Petang Ini Di Beberapa Kawasan Di Semua Negeri

Putrajaya, 6 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di kebanyakan tempat di Malaysia sehingga 6 petang ini.

Dalam kemaskini Facebook MetMalaysia pada 2.50 petang tadi, amaran tersebut meliputi kesemua negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Amaran ribut petir melibatkan seluruh negeri dikeluarkan buat negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor manakala wilayah yang terlibat ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

Sementara itu, ribut petir juga dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Elakkan aktiviti di luar jika tidak perlu, demi keselamatan diri anda.

Sumber: MetMalaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.