Siakap Keli
sle
Kredit: Google/Eva

Demam Berlarutan & Berat Turun Mendadak, Kakak Pergi Hanya Lepas 3 Bulan Menderita Dipercayai Akibat SLE

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ajal tidak mengira usia. Bak kata ilmuwan, syarat untuk mati adalah hidup. Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah pahit Allahyarham kakaknya yang meninggal dunia hanya tiga bulan selepas disyaki menghidap SLE.

“Ini arwah kakak aku yang meninggal disyaki SLE dan ada beberapa organ dia yang dah tak berfungsi. Berapa lama dia tahu dia sakit? Tak sampai tiga bulan,” tulis Eva di Twitter miliknya.

Systemic lupus erythematosus (SLE) merupakan sejenis penyakit auto-immune di mana sistem imun badan menyerang tisu sihat sehingga menjejaskan organ seperti sendi, otak, buah pinggang dan kulit.

Menurut Medline, punca penyakit ini belum diketahui secara jelas, namun dipercayai berkaitan dengan faktor genetik, persekitaran, hormon dan sesetengah ubat.

SLE lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki dan sering menyerang individu berusia antara 15 hingga 44 tahun.

Penyakit ini juga dikatakan cenderung menyerang orang Asia dan Afrika berbanding bangsa lain.

Demam berlarutan, berat turun mendadak

Dalam kes ini, arwah kakaknya telah mengalami demam berlarutan. Keadaannya semakin teruk, malah berat badannya turun sehingga 24 kilogram dalam tiga bulan.

Dapat panggilan dari mak, kakak dah tak ada

Dari tahun lepas cakap pasal mati

Ujarnya, Allahyarham sering menyebut tentang kematian sejak November tahun lalu. Jelasnya, dia sekeluarga berasa terkilan kerana tidak sedar kesakitan dialami kakaknya.

Syarat nak mati cuma hidup

“Kain batik yang Wawa beli itulah yang digunakan untuk menutup jenazahnya”

Apa yang lebih menyedihkan ialah, ibu mereka telah meminta Allahyarham membeli kain batik lepas sebagai persediaan jika ada kematian di rumah mereka.

Namun akhirnya, si anak yang pergi dahulu.

Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga Allah tempatkan Allahyarham Nor Wahidatul Haq Mohd Ruslan dalam kalangan mukminah solehah serta memberi kekuatan buat ahli keluarganya.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُا وَارْحَمْهُا وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْهُا

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.

Sumber: Eva, Medline Plus

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.