Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Hanya Tinggal 1 Kes Yang Masih Aktif Di Kluster Perhimpunan Seri Petaling, Jumlah Kes Sembuh Cecah 98.96%

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan bahawa terdapat hanya satu kes sahaja yang masih aktif di Kluster Perhimpunan Seri Petaling.

“Bilangan sampel yang diambil setakat ini adalah 42, 023 sampel dan bilangan kes positif adalah 3, 375 kes dan kes yang  masih aktif hanya tinggal 1 kes sahaja manakala kes sembuh pula meningkat 3,340 kes dan kes kematian kekal 34 kes dan Kluster Perhimpunan Seri Petaling melibatkan lima generasi dan pada hari ini memperlihatkan tiada pertambahan kes ,” katanya.

Tambahnya lagi, kluster terbesar, Kluster Perhimpunan Masjid Seri Petaling adalah bukti kejayaan kerjasama KKM dan agensi berkaitan dalam mengesan bekas peserta perhimpunan dan merawat mereka yang positif. KKM juga mendapat kerjasama yang sangat baik daripada mereka yang terlibat.

“Kita berharap dalam tempoh dua minggu lagi kita dapat menamatkan pemantauan dan pengawasan kluster ini,” ujarnya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa