Siakap Keli
realme c11

Harga RM429, realme C11 Mampu Bertahan 40 Hari, Ini Spesifikasi dan Keunggulannya

Macam-macam perkara yang kita pertimbangkan sebelum membeli telefon pintar baru. Ada yang nak harga murah, kamera yang okay untuk ambil gambar dan ada juga yang mahukan bateri yang boleh tahan lama.

Kalau korang nak ketiga-tiga di atas, realme C11 adalah jawapannya. Nak tahu kenapa? Jom kami cerita.

1. Bateri besar, siap boleh jadi ‘power bank’

Tak guna kalau peranti canggih tapi tak mampu tahan lama. Dengan kapasiti 5000 mAh, peranti realme C11 boleh bertahan hingga hari kedua dengan penggunaan normal.

Malah, ujian makmal realme ke atas peranti ini turut mendakwa ia boleh bertahan hingga 40 hari dalam mod standby.

Bukan itu sahaja, korang boleh gunakan kelebihan realme C11 ini dan jadikannya ‘power bank’ untuk mengecas peranti lain. Dengan ciri pengecasan berbalik OTG mereka, korang hanya perlu sambungkan sahaja realme C11 pada port pengecasan peranti korang menggunakan adapter dan tadaa, ‘power bank pintar’ C11 tersedia.

2. Reka Bentuk premium ikonik

‘Berbulu’ je mata tengok kesan cap jari dan calar pada telefon kan? Kalau korang jenis pantang nampak comot dan calar, realme C11 sememangnya pilihan yang bijak.

Dengan tekstur ukiran hasil teknologi Jerman, panel belakang realme C11 menonjolkan kesan pantulan cahaya khas, membuatkan peranti ini kurang terdedah kepada kesan cap jari.

 

Rekaan ini juga dipercayai mampu melindungi realme C11 dari kesan calar secara lebih efektif.

Tersedia dalam dua warna menarik, Mint Green dan Pepper Grey, realme C11 bakal membangkitkan selera pengguna yang mengidamkan rekaan ikonik lagi unik.

Ia dilengkapi modul kamera yang terletak pada bucu peranti, menjadikan panel belakang kelihatan lebih seimbang, premium dan bergaya.

3. Kamera yang baik pada harga mampu milik

realme C11 mempunyai kamera utama 13MP dengan saiz apertur f/2.2 yang mampu mengumpul cahaya mencukupi untuk menghasilkan imej lebih jelas dan cerah.

Selain itu, ia turut menyokong fungsi PDAF yang membantu kamera mendapatkan fokus dengan lebih cepat dan tepat.

Gandingan kamera utama dengan lensa potret 2MP pula membantu realme C11 menghasilkan gambar bokeh yang baik dan tampak semula jadi.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengambil gambar jarak jauh dengan jelas menggunakan ciri 4x zoom pada peranti realme C11.

 

 

 

Mod nightscape

Mod Nightscape kamera C11 menjanjikan kualiti gambar malam yang terbaik dalam kelas permulaan.

Mod ini akan mengambil beberapa gambar dengan exposure berbeza. Kemudian, ia akan menggabungkan bahagian terbaik setiap foto untuk menghasilkan satu imej yang lebih jelas dan cerah.

Hasilnya, sekeping gambar malam yang cantik dan memukau seperti di bawah;

 

 

 

Bagi korang yang tertanya-tanya, berikut ialah spesifikasi lengkap realme C11.

  • Bateri 5000mAh dengan pengecas 10W
  • Paparan IPS LCD 6.5 inci dengan resolusi 720p
  • RAM2GB/3GB
  • Storan 32GB dan menyokong kad MikroSD sehingga 256GB
  • Kamera belakang: 13MP + 2MP potret
  • Kamera hadapan 5MP
  • realme UI berasaskan Android 10

Untuk maklumat lanjut, follow Facebook realme atau laman web rasmi mereka dan dapatkan telefon pintar idaman mampu milik korang sekarang.

Amira

Love yourself.