Siakap Keli

Mayat Nelayan Ditemui Dalam Semak, Dipercayai Mangsa Langgar Lari

BANDAR PERMAISURI, 6 Julai — Mayat seorang nelayan ditemukan di dalam semak petang semalam, dipercayai akibat langgar lari beberapa jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin berkata mayat Jamaludin Yusof, 39, dijumpai di kilometer 57, Penarik, di sini, kira-kira pukul 6.30 petang oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

“Dipercayai kemalangan yang melibatkan mangsa ini telah berlaku beberapa jam sebelum mayatnya ditemukan. Mangsa mungkin telah dilanggar lari oleh kenderaan lain atau terbabas bersendirian.

“Bagaimanapun, hasil siasatan awal mendapati terdapat kerosakan akibat kesan perlanggaran pada bahagian belakang motosikal dan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Afandi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.