Siakap Keli

Sering Diejek “Handphone Kentang” Kerana Murah, Pemuda Ini Benar-Benar ‘Hasilkan’ Telefon Dari Ubi Kentang

‘Hp kentang’ merupakan jolokan yang sering diungkapkan oleh anak muda di Indonesia jika telefon pintar yang dipunyai oleh rakan mereka tidak berfungsi dengan baik. Ia merupakan istilah yang digunakan untk mengejek atau menyindir telefon pintar yang berspesifikasi rendah atau tidak boleh memuat naik permainan telefon seperti Pubg dan lain-lain lagi.

Oleh kerana sering diejek oleh rakan-rakan seorang lelaki dari Magelang, jawa Tengah telah menghasilkan telefon bimbit dengan menggunakan kentang.

Lelaki tersebut yang tular di media sosial dikenali sebagai Khoirul Anam berkongsikan beberapa gambar yang memaparkan telefon bimbit jenis Nokia 3310 yang dibuat daripada kentang.

“Ketika lepak, rakan-rakan saya sibuk bermain permainan di telefon pintar dan saya hanya duduk mengelamun kerana memori telefon saya sudah penuh,” kata Khoirul ketika dihubungi. Dari situlah dia sering mendapat jolokan ‘hp kentang’ dari rakan-rakan.

Menurut Khoirul telefon yang dibuatnya tidak sepenuhnya dibuat dari kentang dimana LCD, bateri, papan kekunci dan beberapa komponan lain di ambil dari telefon bimbit Nokia 3310  yang pernah dia gunakan sebelum ini. Kentang tersebut diukir sehingga menjadi telefon yang pernah popular disekitar tahun 2000. Proses ini menurut beliau hanya memakan masa 10 minit.

Walaupun rupanya seperti telefon yang sebenar, telefon itu hanya dibuat untuk suka-suka sahaja dan bahan jenakan untuk rakan-rakan. Telefon tersebut tidak boleh berfungsi seperti peranti yang lain.

“Membuat telefon kentang untuk bergurau sahaja, sebenarnya saya boleh buat untuk ‘cover’ telefon tetapi nanti kentang akan berwarna hitam”

Malangnya, dia tidak dapat menyimpan telefon tersebut kerana katanya “Kentang sekarang sedang dimasak oleh ibu saya,” katanya sambil ketawa.

Beliau juga merancang untuk membuat telefon pintar IPhone dari buah epal untuk masa akan datang.

Sumber: tekno.kompas

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.