Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 5 Kes Baharu COVID-19 Dan Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat  5 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini (6 Julai 2020).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, 5 kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,668. Oleh yang demikian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah semakin berkurangan kepada 71 kes pada hari ini. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa 5 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini terdiri daripada 3 kes import  yang melibatkan 2 warganegara Malaysia manakala satu lagi adalah bukan warganegara iaitu pemastautin tetap.

Daripada jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 2 kes yang dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi. Kedua-dua kes juga dimaklumkan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau turut melaporkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 121 kes atau bersamaan dengan 1.39% daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa