Siakap Keli

Dipercayai Berusia Lingkungan 30 Tahun, Seorang Lelaki Dilaporkan Rebah Dan Mati Ketika Bermain Bola Sepak

Seorang lelaki dilaporkan telah rebah dan maut ketika bermain bola sepak bersama rakannya di sebuah taman di barat London.

Berikutan kenyataan FA yang mengatakan, aktiviti bola sepak luar telah dibenarkan dengan syarat wajib mengikut SOP yang ditetapkan.

Lelaki berusia 30-an itu telah keluar bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di Southall Recreation Ground dekat Ealing ketika sebelum dia rebah dengan tiba-tiba.

Kemudian, rakan-rakannya telah memanggil perkhidmatan kecemasan, tetapi usaha paramedik untuk menyelamatkan lelaki itu tidak berhasil berikutan dia telah disahkan mati ditempat kejadian.

Akibat daripada kejadian mengejutkan itu, taman berkenaan terpaksa ditutup buat sementara waktu, ketika paramedik bekerja di tempat kejadian.

Sumber: www.dailystar.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa