Siakap Keli
Gambar:Tribun News

Mengaku Sakit Hati Dituduh Curi Ayam, Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 12 Tahun Lepas Didakwa Bakar Kereta Jiran

Seorang lelaki yang berasal dari Kecamatan Panglayungan, Kecamatan Cipedes, Kota Tasikmalaya, Indonesia ditahan oleh polis selepas membakar tiga kenderaan milik jirannya, lapor Tribun News.

Lelaki itu mengaku sengaja membakar semua kenderaan tersebut kerana sakit hati setelah dituduh mencuri ayam oleh jirannya itu.

Sasaran sebenar lelaki itu adalah hanya sebuah lori pikap jirannya namun malangnya kenderaan yang turut diletakkan berhampiran lori pikap itu juga turut terbakar.

“Saya sakit hati kerana dituduh mencuri ayam,” kata suspek.

Perasaan sakit hati tersebut telah menimbulkan dendam yang mendalam dan menyebabkan suspek merancang untuk membakar kereta milik jirannya itu.

Sebelum itu, kesemua kereta yang terbakar itu disangkakan disebabkan oleh lintar pintas elektrik namun akhirnya terbongkar dilakukan oleh suspek secara sengaja.

“Penduduk pada awalnya menyangka terdapat litar pintas namun hasil siasatan kami mengesyaki beberapa faktor yang ia disengajakan, ” kata Ketua Polis Indihiang, Komisioner Didik Rohim Hadi.

“Suspek menghadapi hukuman penjara selama 12 tahun kerana melanggar Artikel 187 Kanun Jenayah,” tambah Didik.

Sumber: Tribun News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa